Darul Quran Nurul Hasanah, Kuala Selangor


Darul Quran Nurul Hasanah, Kuala Selangor

Full Description


.
SEJARAH PENUBUHAN
.
Darul Quran Nurul Hasanah dirancang penubuhannya oleh beberapa orang tenaga pengajar dan pihak pengurusannya yang berkelulusan dari universiti tempatan dan luar negeri bagi membolehkan wujudnya sebuah Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran ini.
.
Di atas sambutan ramai masyarakat yang amat mengalakkan yang ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang berorientasikan keagamaan tanpa mengabaikan aliran akademik. Maka tertubuhlah sekolah ini. Kewujudan sekolah ini juga bukanlah bermatlamatkan keuntungan tetapi lebih kepada sebuah projek khidmat masyarakat atau Amal Islami.
.
Darul Quran Nurul Hasanah dahulu beroperasi di Kota Kemuning Shah Alam, dibiayai oleh sebuah syarikat swasta kemudiannya tidak dapat beroperasi kerana syarikat mengalami kerugian.
.
Kini Darul Quran telah berpindah ke bangunan yang lebih selesa bertempat di Kawasan Masjid Nurul Hasanah Kg Bukit Belimbing Kuala Selangor pada 28.12.2003 Penubuhan Pusat Pengajian Darul Quran Nurul Hasanah di Kampung Bukit Belimbing adalah dirancang dan dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Hasanah Kampung Bukit Belimbing yang diketuai oleh Tuan Nazir, Dato’ Hj Hashim Bin Hj Mahmud disamping mendapat sokongan penuh dari YB Dato’ Seri (Dr) Hj Abu Hassan Bin Hj Omar.
.
Sekarang ini Darul Quran mempunyai pelajar seramai 50 orang pelajar dan 10 orang tenaga pengajar yang berkelulusan. InsyaAllah dalam masa ke semasa Darul Quran Nurul Hasanah akan meningkatkan mutu pendidikan dan menambah tenaga pengajar yang berkelulusan serta berpengalaman dan mendidik para pelajar sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
.
.
Sebarang Pertanyaan Mengenai Tahfiz / produk bolehlah berhubung terus kepada pihak kami :
DARUL QURAN NURUL HASANAH
Masjid Nurul Hasanah, Kg Bukit Belimbing,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-32897820
Faks : 03-32892422
H/P : 012-6028343
Email : info@dqnurulhasanah.org
 



Office Phone

+603-32897820

Fax

+603-32892422

NGO Public Email

info@dqnurulhasanah.org

Donation


Leave a Reply